~Cinta Ilahi & KekasihNYA~

Tuesday, December 7, 2010

~Salam Maal Hijrah 1432~

Salam....
Syukur alhamdulillah atas segala nikmat yang telah Allah berikan.. 
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Akhirnya setelah sekian lama tak hapdate belog nih, malam 1 Muharram ni tibe-tibe hati terdetik pulak nak hapdate..
Kalo malas nk update baek xpayah buat blog la farah oi!!
Dok biar bersawang berkarat semua buat ape..
Dah alang-alang ade blog nih cuba la cuci-cuci sikit 'sarang labah-labah' neh, tulis je la pape yang nak tulis janji benda tuh boleh mendatangkan faedah untuk diri dan orang yang membacanya jugak (kalo ada yang sudi buka blog bersarang neh la)..betoi tak?

First entry pemilik blog neh, debar pulak rasenya nak tulis..
Sebelum neh entry yang atas tu ditulis oleh cik M yang dok melepak kat umah neh..
kiranya not genuine owner lah..hehe
ni pemilik sebenar nak mula menyusun ayat
cehhh...kalo nak tunang ke kawen ke masuk akal la jugak nak debar-debar..
neh setakat taip keyboard je pon nak takot..
sambil buat cucoq kodok pon boleh taip kot....(betol ke?) bajet terer la neh.......


Esok dah 1 Muharram 1432 hijrah..
rasa sayu bila mengenangkan sudah 1432 peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah.
demi untuk menyebarkan dakwah..
banyak sejarah mengapa tertubuhnya tahun kalendar hijrah neh...
kalo nak lebih detail boleh rujuk sini
kini sudah beribu-ribu tahun baginda meninggalkan kita..
baginda meninggalkan kita semua dengan dakwah dan tarbiah supaya umatnya mempunyai panduan untuk hidup di atas muka bumi neh..

Rasulullah SAW bersabda : "Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang padanya nescaya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku"


Baginda dah bagi guide yang cukup-cukup sempurna supaya umatnya xsesat..
Tapi kita dah guna betul-betul ke apa yang Rasulullah suruh tuh?tepuk dada tanya iman masing-masing
Rasulullah walaupun disaat ajalnya pun masih lagi mengingati umatnya..
Tapi kita nak selawat sekali sehari kepada baginda pon susah...
kita mengaku diri kita umat baginda, tapi apa yang kita lakukan untuk membuktikannya..
Peringatan ni untuk diri saya jugak...


Kat sini nak share sikit la daripada SC tahun lepas...

13 amalan sunat 10 Muharram

1. melapangkan masa, belanja kawan-kawan

2. memuliakan fakir miskin (Allah akan lapangkan kubur)

3. menahan marah (termasuk dalam golongan yang diredhai)

4. menunjukkan orang yang sesat (Allah akan penuhkan keimanan dalam hati )

5. mengusap kepala anak yatim (Allah akan jadikan pokok dari setiap helai rambutnya dalam syurga)
6. bersedekah (Allah jauhkan daripada api neraka, dan seolah-olah bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia)

7. pelihara kehormatan diri (Allah kurniakan hidup dengan cahaya iman)

8. mandi sunat (Allah akan pelihara daripada sakit perut)

9. bercelak (wanita pada waktu malam insyaallah tidak akan sakit mata)

10. baca surah Qulhuallahuahad 1000x (Allah akan pandang dengan pandangan rahmat)

11. solat sunat 4 rakaat (Allah akan ampunkan dosa selama 50 tahun)

12. jamu orang buka puasa (diberi pahala seperti orang berpuasa)

13. berpuasa (1000x haji, 1000x umrah, 1000x syahid)

masyaAllah banyaknya ganjaran yang Allah janjikan bagi orang yang melakukan amal ibadat padi 10 Muharram neh kan?
sayangnya Allah dengan hambaNYA.....
kalo kita xdapat nak buat semua kita boleh buat setakat yang termampu...
 Islam kan mudah..
jom tambahkan amal ibadat!!!
nampaknya mata pun sudah semakin berat...
rasa macam mesin basuh dah bergayut kat mata neh...
tilam yang empuk semakin memanggil-memanggil...
baek pegi tido cepat farah kang ter'Subuh' dinasour....
ok lah, esok saya mahu pegi jalan-jalan dengan budak MEG4 intec bersama 'orang malaysia' yang baru sampai kemarin...siapakah??

ok...baca doa sebelum tido yer....
selamat malam mesir...
selamat pagi malaysia....(ni mcm program rncgn jer)

p/s : mintak maaf la andai entry kali neh dan seterusnya ada penggunaan bahasa kedah yang sangat pekat...tak boleh nak hilangkan la....mesti tangan neh gatai nak tulis gak... Yang pastinya orang kedah neh tak malu nak gunakan bahasa dia kat mana-mana sahaja....besa la lidah orang makan belacan memang macam neh!!harap maklum yer..........






No comments:

Post a Comment